Perlis
Perlis iyo no negeri ta utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Wilayah Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan. Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat setelah kerajaan Siam melantik Raja Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis.[3]
Perlis ڤرليس | |
---|---|
Nickname: Indera Kayangan | |
Anthem: Amin Amin Ya Rabaljalil | |
Coordinates: 6°30′N 100°15′E / 6.500°N 100.250°E | |
Ibu negeri | Kangar |
Bandar diraja | Arau |
Government | |
• Type | Parlimen Raja berperlembagaan |
• Raja | Tuanku Syed Sirajuddin |
• Menteri Besar | Mohd Shukri Ramli |
Area | |
• Total | 819 km2 (316 sq mi) |
Highest elevation | 733 m (2,405 ft) |
Population (2020)[2] | |
• Total | 284,885 |
• Density | 350/km2 (900/sq mi) |
Bahasa | |
• Bahasa Rasmi | Bahasa Melayu Standard |
• Bahasa pertuturan | Bahasa Melayu Kedah, Hokkien, Thai, Mandarin |
Penubuhan | |
• Penubuhan Kota Sena sebagai ibu negeri Kedah | 1653 |
• Negeri Vasal Siam diperintah oleh Raja Long Krok | 1839 |
• Kerajaan terbentuk apabila Syed Hussain dilantik sebagai Raja oleh Siam | 20 April 1843 |
• Dimasukkan di dalam Persekutuan Tanah Melayu | 1 February 1948 |
• Kemerdekaan sebagai sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu | 31 August 1957 |
Poskod | 01xxx sehingga 02xxx |
Kod panggilan | 04 |
Vehicle registration | R |
IPM (2019) | 0.805 (sangat tinggi) (ke-9) |
Website | www |
Perlis mempunyai keluasan sebanyak 821 kilometer persegi menjadikannya sebagai negeri terkecil di Malaysia. Pada tahun 2020, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 284,885 orang dengan majoritinya merupakan bumiputera iaitu 88.8 peratus dari jumlah penduduk.[2]
Geografi
niubaPerlis merupakan sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia bersempadan dengan negara Thailand di utara, negeri Kedah di selatan dan Selat Melaka di barat. Perlis mempunyai keluasan sebanyak 819 kilometer persegi menjadikannya sebagai negeri terkecil di Malaysia. Gunung Perlis yang mempunyai ketinggian 733 meter menjadi titik tertinggi di negeri ini.
Di bahagian utara dan barat daya negeri ini, terbentangnya Banjaran Nakawan yang merupakan banjaran batu kapur terpanjang di Malaysia. Di banjaran ini terdapat bukit-bukit batu kapur yang sebahagian besarnya terdiri daripada Formasi Setul yang tertua di Malaysia yang dianggarkan berusia lebih 500 juta tahun. Di banjaran ini juga terletaknya Taman Negeri Perlis yang berkeluasan 4,379.81 hektar dan beberapa hutan simpan yang lain seperti Hutan Simpan Kekal Mata Ayer dan Hutan Simpan Kekal Wang Mu.[4]
Dianggarkan jumlah panjang sungai dan terusan di negeri Perlis ialah sepanjang 174.2 kilometer. Sungai Arau menjadi sungai terpanjang di negeri Perlis iaitu sepanjang 21.5 kilometer diikuti Sungai Korok dengan panjang 17 kilometer.[5]
Tungan metelak
niuba- ↑ Laporan Kiraan Permulaan 2010. Jabatan Perangkaan Malaysia.
- ↑ 2.0 2.1 PENEMUAN UTAMABANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020. Jabatan Perangkaan Malaysia (2020).
- ↑ Institusi Beraja. Raja Perlis.
- ↑ Taman Negeri Perlis. Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.
- ↑ Kejuruteraan Sungai dan Zon Pantai. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis.